Posts
BKSS BOLEH DITUNTUT DI BSN BAGI TIADA AKAUN BANK
- Get link
- X
- Other Apps
Gambar hiasan sahaja SARAWAK - Penerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) yang tidak mempunyai akaun boleh menuntut wang di Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai esok (7 Ogos). Unit Perancangan Ekonomi Negeri dalam kenyataan media berkata, terdapat 34,642 penerima isi rumah B40 yang tidak mempunyai akaun bank, manakala 52,374 penerima individu bujang. gambar hiasan- unit perancang ekonomi negeri Sarawak Menurutnya, setakat 1 Ogos 2020, sejumlah 43,481 daripada 78,123 isi rumah B40 yang layak berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan telah menerima pembayaran berjumlah RM250 melalui bank masing-masing pada 29 Julai lalu dengan anggaran peruntukan RM10.87 juta. "Pada 1 Ogos 2020, sejumlah 218,489 daripada 270,863 individu bujang B40 berumur 21 tahun dan ke atas berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan dengan akaun bank telah menerima bantuan sekali RM500 melalui bank masing-masing pada 29 Julai lalu," kat...
Petronas tarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi mengenai SST
- Get link
- X
- Other Apps
KUCHING - Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) hari ini menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching bahawa Sarawak berhak mengutip Cukai Jualan Negeri (SST) bagi produk petroleum. Kerajaan negeri Sarawak pada masa sama juga menarik balik rayuan balas berhubung isu bidang kuasa mahkamah tinggi mengenai perkara tersebut. Panel tiga hakim mahkamah rayuan terdiri daripada Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Mohd Sofian Abd Razak membatalkan rayuan dan rayuan balas serta memerintahkan setiap pihak menanggung kos masing-masing. Petronas yang diwakili peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar dan Penasihat Undang-Undang Negeri Sarawak, Datuk Seri J.C Fong yang mewakili kerajaan Sarawak dan pengawal cukai jualan Sarawak mengesahkan rayuan telah ditarik balik. Sementara itu, J.C Fong menjelaskan, Petronas akan membayar jumlah SST kepada kerajaan negeri selewat-lewatnya hujung tahun ini. Katanya jaminan berkenaan sudah pasti mengukuhkan lagi kredibi...
BINA BENTENG PEMECAH OMBAK ELAK OMBAK BESAR MUSIM TENGKUJUH
- Get link
- X
- Other Apps
Kerja-kerja pemasangan benteng pemecah ombak masih dalam proses LAWAS, 04 OGOS 2020 - Kerajaan Sarawak komited untuk membina benteng pemecah ombak bagi melindungi Kampung Awat-Awat daripada terdedah ombak besar khususnya ketika musim tengkujuh. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pada musim tengkujuh itu ombak air besar, jadi kita akan melaksanakan fasa yang pertama benteng untuk memecah ombak. “InsyaAllah kita akan teruskan untuk fasa kedua,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Projek Benteng Pemecah Ombak dan Projek Jeti Awat-Awat (NRDA) Kampung Awat-Awat, Sundar, Lawas pada Ahad. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari turut menjelaskan kemudahan tebingan sungai Lawas itu nanti akan membuka peluang perniagaan kepada penduduk sekitar bila ianya siap tidak lama lagi nanti. “Kita berharap agar dengan adanya kemudahan seperti ini akan memberi manfaat kepada masyarakat dan membuka peluang ...
RUMAH TIADA BERPENGHUNI MUSNAH DIJILAT API
- Get link
- X
- Other Apps
3 OGOS 2020, LIMBANG - Sebuah rumah beralamat di limbang Housing di Jalan Polis Marin habis musnah dijilat api kira-kira pukul 1220 a.m. Pihak Bomba dan Penyelamat Limbang bergegas ke lokasi untuk memadam kebakaran supaya api tidak merebak dengn cepat. Umumnya, rumah tersebut tiada berpenghuni sejak sekian lama. Menurut penduduk setempat, rumah tersebut sering menjadi tempat lepak kumpulan-kumpulan samseng dan remaja-remaja yang melakukan aktiviti terlarang. Tambahan pula, rumah tersebut sering dinaiki orang-orang luar yang nampak mencurigakan. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak Bomba dan Penyelamat Limbang. Orang awam yang mempunyai info tentang kebakaran diharap memberi kerjasama melaporkan kepada pihak berwajib. Sebarang info terbaharu berkaitan kebakaran ini akan segera di uar-uarkan dari masa kesemasa melalui blog laporan berita Limbang. Laporan awal disediakan oleh; Limbang news updated
LIMBANG- DIINGATI KEMBALI PENJADUALAN SEMULA PENGELUARAN KWSP
- Get link
- X
- Other Apps
KWSP 3 JULAI 2020 – Pihak KWSP telah makluman kepada semua pemegang akaun kwsp yang berkaitan dengan operasi pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan pertama, kedua dan ketiga telahpun dikreditkan ke akaun masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu setiap pertengahan bulan. Bagi pengkreditan yang gagal, pemohon hendaklah membuat pengemaskinian akaun bank di portal i-Lestari Online atau menerima Cek Jurubank daripada pihak KWSP. Menurut makluman daripada pihak KWSP, pengeluaran i-Lestari KWSP bagi bulan Ogos dan berikutnya akan dikreditkan pada tanggal 1 hari bulan tertakluk kepada hari bekerja. Pengeluaran i-Lestari merupakan satu inisiatif daripada kerajaan bagi meringankan beban kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini. Bagi semakan status pengeluaran i-Lestari, boleh disemak secara online di laman portal i-Lestari secara online. Maklumat berikut akan mengongsikan informas...
APM DAN KKM LIMBANG; KETIBAAN PELAJAR SMK AGAMA LIMBANG BAGI SESI PERSEKOLAHAN PASCA COVID-19
- Get link
- X
- Other Apps
LIMBANG, 2 OGOS 2020 SELASA- Sesi persekolahan bagi tingkatan 1 hingga tingkatan 4 kembali dibuka setelah sekian berbulan-bulan mengharungi tempoh PKP yang dilaksanakan. Turut menarik perhatian seramai 77 orang pelajar dari SMK Agama Limbang yang berasal dari daerah Lawas menaiki ekspress yang merupakan inisiatif lain dengan menggunakan pengangkutan air yang disediakan oleh Syarikat Pertama Limbang ekoran lockdown dari negara jiran yang hanya membenarkan kemasukan ke negara tersebut dengan mengemukakan permohonan menanti kelulusan terlebih dahulu bagi urusan melintasi negara tersebut. Ketibaan pelajar-pelajar tersebut di Dermaga Jabatan Kastam Limbang pada jam 1105 disambut oleh angkatan pertahanan awam Malaysia APM dalam gerakan OP GERAK PELAJAR. Pelaksanaan prosedur WAJIB iaitu pemeriksaan suhu terus dilakukan kepada semua pelajar oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia KKM lalu semua pe...