Posts

Showing posts with the label nasional

PENEMUAN AHLI ARKEOLOGI TERBARU ARTIFAK CINA KUNO DI LOMBONG PASIR SUNGAI PAHANG

Image
  Mesran (tengah), Ruzairy (kanan) dan Sharma menunjukkan beberapa artifak yang ditemui di sebuah lombong pasir di Sungai Pahang.  - Foto Bernama PEKAN: Sejumlah artefak ditemui di lombong pasir di Sungai Pahang yang dipercayai berasal dari dinasti Tang, Song dan Ming, serta Kesultanan Melaka dan Pahang. Mereka ditemui secara tidak sengaja minggu lalu dalam peralatan penyedut pasir oleh pengendali lombong yang kemudian menghubungi penyangga arkeologi, Datuk Dr Dionysius SK Sharma, yang telah dilantik oleh Jabatan Warisan Nasional (JWN) sebagai ketua projek penyelidikan. Ketua Pengarah JWN, Mesran Mohd Yusop, berkata kebanyakan artifak itu adalah kepingan seramik Song celadon, seramik Ming, dan juga syiling kuno Cina dan Melayu. "Pasukan penyelam menemui beberapa artefak (pada kedalaman 15m) di dekat struktur kayu yang dipercayai kapal.  Tetapi ...

Keluarga Anna Jenkins ucap terima kasih atas bantuan rakyat Malaysia

Image
  GEORGE TOWN: Keluarga Anna Jenkins, wanita warga Australia yang hilang di Pulau Pinang tiga tahun lalu, mengucapkan terima kasih atas sikap baik hati rakyat Malaysia yang telah membantu dalam memberikan bukti sehingga membawa kepada penemuan mayat mangsa. Anak lelaki Anna, Greg Jenkins dalam sidang media di sini hari ini mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah memberikan bukti dan pihak berkuasa yang bertungkus-lumus menjalankan siasatan kes berkenaan. Beliau turut berterima kasih kepada individu yang telah menghulurkan bantuan ikhlas kepada keluarga berkenaan ketika menghadapi waktu sukar ini. “Kami, keluarga Jenkins akan menuntut keadilan, kebenaran dan penyelesaian untuk ibu kami yang tercinta. Demi mendiang, demi keluarga kami dan juga kepada individu yang telah menunjukkan kasih sayang mereka pada waktu-waktu sukar ini dan untuk rakyat Malaysia yang baik hati,” katanya sambil menangis teresak-esak. Beliau turut menyampaikan cenderamata kepada Anggota Dewan Undangan...

Dua rakyat Malaysia gagal rayuan hukuman gantung di mahkamah Singapura

Image
SINGAPURA :   Dua rakyat Malaysia gagal dalam rayuan untuk menggantung hukuman mati yang dijatuhkan terhadap mereka sementara menunggu siasatan berhubung dakwaan bahawa terdapat penggunaan ‘kaedah ganas dan menyalahi undang-undang’ dalam pelaksanaan proses kehakiman di Singapura. “Kami tolak rayuan ini,” demikian putus Hakim Mahkamah Agung Singapura iaitu Andrew Phang, Judith Prakash dan Woo Bih Li dalam penghakiman bertulis mereka yang disiarkan dalam laman sesawang mahkamah itu. Kedua-dua rakyat Malaysia iaitu A. Gobi dan K. Datchinamurthy telah disabitkan bagi kesalahan berkaitan dadah dan dijatuhkan hukuman mati. Mereka mengemukakan permohonan itu pada 28 Jan namun ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 13 Feb. Afidavit mereka bagi menyokong permohonan itu, antara lain, menyebut bahawa kenyataan media Lawyers for Liberty (LFL) bertarikh 16 Jan yang mendakwa bahawa ia mempunyai bukti kaedah ganas dan menyalahi undang-undang digunakan dalam pelaksanaan proses kehakiman telah dike...