LIMBANG- DIINGATI KEMBALI PENJADUALAN SEMULA PENGELUARAN KWSP
KWSP 3 JULAI 2020 – Pihak KWSP telah makluman kepada semua pemegang akaun kwsp yang berkaitan dengan operasi pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan pertama, kedua dan ketiga telahpun dikreditkan ke akaun masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu setiap pertengahan bulan. Bagi pengkreditan yang gagal, pemohon hendaklah membuat pengemaskinian akaun bank di portal i-Lestari Online atau menerima Cek Jurubank daripada pihak KWSP. Menurut makluman daripada pihak KWSP, pengeluaran i-Lestari KWSP bagi bulan Ogos dan berikutnya akan dikreditkan pada tanggal 1 hari bulan tertakluk kepada hari bekerja. Pengeluaran i-Lestari merupakan satu inisiatif daripada kerajaan bagi meringankan beban kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini. Bagi semakan status pengeluaran i-Lestari, boleh disemak secara online di laman portal i-Lestari secara online. Maklumat berikut akan mengongsikan informas...