Gambar hiasan sahaja SARAWAK - Penerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) yang tidak mempunyai akaun boleh menuntut wang di Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai esok (7 Ogos). Unit Perancangan Ekonomi Negeri dalam kenyataan media berkata, terdapat 34,642 penerima isi rumah B40 yang tidak mempunyai akaun bank, manakala 52,374 penerima individu bujang. gambar hiasan- unit perancang ekonomi negeri Sarawak Menurutnya, setakat 1 Ogos 2020, sejumlah 43,481 daripada 78,123 isi rumah B40 yang layak berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan telah menerima pembayaran berjumlah RM250 melalui bank masing-masing pada 29 Julai lalu dengan anggaran peruntukan RM10.87 juta. "Pada 1 Ogos 2020, sejumlah 218,489 daripada 270,863 individu bujang B40 berumur 21 tahun dan ke atas berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan dengan akaun bank telah menerima bantuan sekali RM500 melalui bank masing-masing pada 29 Julai lalu," kat...
SINGAPURA : Dua rakyat Malaysia gagal dalam rayuan untuk menggantung hukuman mati yang dijatuhkan terhadap mereka sementara menunggu siasatan berhubung dakwaan bahawa terdapat penggunaan ‘kaedah ganas dan menyalahi undang-undang’ dalam pelaksanaan proses kehakiman di Singapura. “Kami tolak rayuan ini,” demikian putus Hakim Mahkamah Agung Singapura iaitu Andrew Phang, Judith Prakash dan Woo Bih Li dalam penghakiman bertulis mereka yang disiarkan dalam laman sesawang mahkamah itu. Kedua-dua rakyat Malaysia iaitu A. Gobi dan K. Datchinamurthy telah disabitkan bagi kesalahan berkaitan dadah dan dijatuhkan hukuman mati. Mereka mengemukakan permohonan itu pada 28 Jan namun ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 13 Feb. Afidavit mereka bagi menyokong permohonan itu, antara lain, menyebut bahawa kenyataan media Lawyers for Liberty (LFL) bertarikh 16 Jan yang mendakwa bahawa ia mempunyai bukti kaedah ganas dan menyalahi undang-undang digunakan dalam pelaksanaan proses kehakiman telah dike...
GEORGE TOWN: Keluarga Anna Jenkins, wanita warga Australia yang hilang di Pulau Pinang tiga tahun lalu, mengucapkan terima kasih atas sikap baik hati rakyat Malaysia yang telah membantu dalam memberikan bukti sehingga membawa kepada penemuan mayat mangsa. Anak lelaki Anna, Greg Jenkins dalam sidang media di sini hari ini mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah memberikan bukti dan pihak berkuasa yang bertungkus-lumus menjalankan siasatan kes berkenaan. Beliau turut berterima kasih kepada individu yang telah menghulurkan bantuan ikhlas kepada keluarga berkenaan ketika menghadapi waktu sukar ini. “Kami, keluarga Jenkins akan menuntut keadilan, kebenaran dan penyelesaian untuk ibu kami yang tercinta. Demi mendiang, demi keluarga kami dan juga kepada individu yang telah menunjukkan kasih sayang mereka pada waktu-waktu sukar ini dan untuk rakyat Malaysia yang baik hati,” katanya sambil menangis teresak-esak. Beliau turut menyampaikan cenderamata kepada Anggota Dewan Undangan...
Comments
Post a Comment