BKSS BOLEH DITUNTUT DI BSN BAGI TIADA AKAUN BANK
SARAWAK - Penerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) yang tidak mempunyai
akaun boleh menuntut wang di Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai esok (7 Ogos).
Unit Perancangan Ekonomi Negeri dalam kenyataan media berkata, terdapat 34,642
penerima isi rumah B40 yang tidak mempunyai akaun bank, manakala 52,374
penerima individu bujang.
Menurutnya, setakat 1 Ogos 2020, sejumlah 43,481 daripada 78,123 isi rumah B40
yang layak berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan telah menerima pembayaran
berjumlah RM250 melalui bank masing-masing pada 29 Julai lalu dengan anggaran
peruntukan RM10.87 juta.
"Pada 1 Ogos 2020, sejumlah 218,489 daripada 270,863 individu bujang B40
berumur 21 tahun dan ke atas berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan dengan
akaun bank telah menerima bantuan sekali RM500 melalui bank masing-masing pada
29 Julai lalu," katanya.
Sehubungan itu katanya, terdapat 30,319 kakitangan petugas barisan hadapan
terlibat Covid-19, menerima insentif pembayaran sebanyak RM200 sebulan untuk
tempoh April hingga Julai 2020, dengan peruntukan berjumlah RM13.5 juta.
Menurutnya, bagi bantuan untuk penjaja dan peniaga kecil, pada 29 Julai lalu,
sejumlah 28,091 penjaja dibayar melalui Sarawak Pay dalam dua bahagian dengan
jumlah pembayaran berjumlah RM21,068,250.
Sementara itu katanya, seramai 16,867 penjaja telah dibayar melalui BSN dalam
dua fasa dengan jumlah pembayaran berjumlah RM12,650,250.
Menurut kenyataan itu, terdapat juga aduan daripada sebilangan kecil penerima
isi rumah B40 bahawa mereka tidak lagi menerima bantuan BKSS untuk Julai 2020
walaupun mereka telah menerima bantuan B40 BKSS pada April hingga Jun 2020.
Ini kerana, berdasarkan senarai BSH 2020 yang dikemas kini dari LHDN, terdapat
115,450 penerima yang sebelum ini berada di bawah senarai isi rumah BHS 2019
B40, kini disenaraikan di bawah senarai BSH 2020 individu bujang B40.
Individu bujang B40 ini yang sebelumnya disenaraikan sebagai penerima bantuan
isi rumah B40 dari BKSS pada bulan April hingga Jun 2020, oleh itu tidak lagi
layak untuk menerima bantuan bulanan yang sama di bawah bantuan BKSS isi rumah
B40 kerana mereka kini telah disenaraikan sebagai penerima individu bujang
B40.
Bagi penerima yang ingin memeriksa pembayaran BKSS mereka boleh melayari laman
web ini pada 6 Ogos 2020: https://www.sarawak.gov.my/web/home/article_view/233/326/ untuk semakan status pembayaran.
Comments
Post a Comment