LIMBANG- DIINGATI KEMBALI PENJADUALAN SEMULA PENGELUARAN KWSP

  

KWSP 3 JULAI 2020 – Pihak  KWSP telah makluman kepada  semua pemegang  akaun kwsp yang berkaitan dengan  operasi pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan pertama, kedua dan ketiga telahpun dikreditkan ke akaun masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu setiap pertengahan bulan.

Bagi pengkreditan yang gagal, pemohon hendaklah membuat pengemaskinian akaun bank di portal i-Lestari Online atau menerima Cek Jurubank daripada pihak KWSP.

Menurut makluman daripada pihak KWSP, pengeluaran i-Lestari KWSP bagi bulan Ogos dan  berikutnya akan dikreditkan pada tanggal 1 hari bulan tertakluk kepada hari bekerja.

Pengeluaran i-Lestari merupakan satu inisiatif daripada kerajaan bagi meringankan beban kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.

Bagi semakan status pengeluaran i-Lestari, boleh disemak secara online di laman portal i-Lestari secara online.

Maklumat berikut akan mengongsikan informasi berkaitan Pengeluaran i-Lestari KWSP termasuklah memaparkan konsep am, tarikh serta semakan status :


KONSEP AM PENGELUARAN I-LESTARI KWSP

Pengeluaran hendaklah daripada Akaun 2 sahaja. Bayaran pengeluaran bakal dilakukan secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).

Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu pada 31 Mac 2021.

TARIKH PEMBAYARAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP

Menurut maklum balas daripada KWSP, Ahli hanya perlu membuat permohonan pengeluaran sebanyak satu (1) kali sahaja. Ahli akan menerima bayaran i-Lestari dalam tempoh yang sama untuk setiap bulan berikutnya.

Walau bagaimanapun, bayaran ini akan diproses pada hari bekerja berikutnya sekiranya tarikh bayaran jatuh pada hari Sabtu, Ahad atau cuti umum.

Jika pada 3 Ogos 2020 masih belum terima lagi pembayaran bermakna pihak KWSP akan membuat pembayaran secara berperingkat.

Bagi Ahli yang memiliki i-Akaun KWSP, anda boleh semak baki serta transaksi bayaran pengeluaran i-Lestari secara atas talian seperti berikut :

Login i-Akaun

Pilih Withdrawal/Pengeluaran

Pilih Withdrawal Histori

 

CARA SEMAK STATUS PENGELUARAN I-LESTARI KWSP

Semakan status boleh dibuat secara atas talian di laman web KWSP https://ilestari.kwsp.gov.my

Klik pada tab ‘SEMAK STATUS’.

Masukkan nombor kad pengenalan serta nombor telefon bimbit yang didaftarkan.

Klik pada kotak ‘saya bukan robot’ dan klik pada butang semak.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan i-Lestari KWSP, sila hubungi di talian hotline KWSP 03-8922-4848.


Comments

Popular posts from this blog

BKSS BOLEH DITUNTUT DI BSN BAGI TIADA AKAUN BANK

Dua rakyat Malaysia gagal rayuan hukuman gantung di mahkamah Singapura

Keluarga Anna Jenkins ucap terima kasih atas bantuan rakyat Malaysia