BKSS BOLEH DITUNTUT DI BSN BAGI TIADA AKAUN BANK
Gambar hiasan sahaja SARAWAK - Penerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) yang tidak mempunyai akaun boleh menuntut wang di Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai esok (7 Ogos). Unit Perancangan Ekonomi Negeri dalam kenyataan media berkata, terdapat 34,642 penerima isi rumah B40 yang tidak mempunyai akaun bank, manakala 52,374 penerima individu bujang. gambar hiasan- unit perancang ekonomi negeri Sarawak Menurutnya, setakat 1 Ogos 2020, sejumlah 43,481 daripada 78,123 isi rumah B40 yang layak berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan telah menerima pembayaran berjumlah RM250 melalui bank masing-masing pada 29 Julai lalu dengan anggaran peruntukan RM10.87 juta. "Pada 1 Ogos 2020, sejumlah 218,489 daripada 270,863 individu bujang B40 berumur 21 tahun dan ke atas berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan dengan akaun bank telah menerima bantuan sekali RM500 melalui bank masing-masing pada 29 Julai lalu," kat...
Comments
Post a Comment