SAMBUTAN AIDILADHA DI LIMBANG MERIAH
KEMERIAHAN AIDILADHA DI LIMBANG TAHUN INI
LIMBANG, 1 OGOS 2020, Sabtu – Yb Dr Hji Abdul Rahman ADUN n.79 Bukit Kota selaku penaung Program Qurban Dan Aqiqah turun padang bagi memeriahkan sambutanhari raya aidiladha walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang telah digariskan panduan oleh kerajaan negeri Sarawak.
Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Limbang dengan kerjasama Jawatan Kuasa Mukim Gadong berjaya melaksanakan dengan jayanya Program Qurban Dan Aqiqah Sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.
Anjuran ini Bertempat di Masjid Darul Mutaqqin, Kampong Gadong Limbang melibatkan 7 buah kampong yang berdekatan. Dalam kesempatan ini juga, , Yb Abdul Rahman telah berkesempatan mengagihkan daging-daging qurban sembelihan kepada penduduk yang terlibat. Dengan kehadiran warga kampong yang ramai bertungkus lumus menjayakan program ini adalah amat menggalakkan dan tetap patuh terhadap prosedur SOP yang diuar-uarkan.
Dengan program seperti ini mampu mengeratkan sillaturrahim sesama umat islam walupun dalam keadaan pkp dan tetap patuh terhadap PROSEDUR SOP. Selain itu, sempena hari raya aidiladha adalah untuk mengenang sirah nabi Ibrahim AS yang taat kepada perintah Allah untuk menyembelih puteranya nabi Ismail AS.
Laporn disediakan oleh ;
Limbang news update
Comments
Post a Comment